BALIK PULAU, 12 JAN: Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini awal hari ini sebagai usaha membanteras kegiatan mat rempit.
BUTTERWORTH, 30 MAC: Seorang anggota polis cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar seorang remaja lelaki yang cuba meloloskan diri ketika ditahan dalam operasi samseng jalanan di Kilometer 121.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini awal pagi hari ini.
JOHOR BAHRU, 26 APRIL: Polis menahan empat individu dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.
JOHOR BAHRU, 23 APRIL: Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah kebun kelapa sawit di KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat Kulai, semalam.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Enam penunggang motosikal yang melakukan pelbagai aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara ditahan menerusi Op Samseng Jalanan awal pagi semalam.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.